Artileri Persenjataan Perang Vietnam

Howitzer M101A1 (105mm)

Pasukan Artileri Kor Marin Amerika Syarikat Dalam Latihan Menembak Meriam M101Meriam M102

Meriam howitzer M101 adalah sejenis meriam jenis howitzer yang menjadi peralatan standard bagi tentera artileri Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II/ meriam ini digunakan di medan perang di Eropah dan Pasifik. Ia juga digunakan semasa Perang Vietnam.

Meriam ini mula dikeluarkan dalam tahun 1941 dan digunakan menentang pasukan Tentera Jepun di Lautan Pasifik. Ia dengan cepat menjadi kegemaran kerana ketepatan mengenai sasaran dan kerana mempunyai kuasa tembakan yang kuat.

Meriam ini boleh melontarkan peluru sejauh 11,200 meter menjadikan ia sesuai digunakan untuk membantu pasukan infantri. Ciri-ciri ini menyebabkan meriam jenis ini menjadi pilihan banyak negara selepas Perang Dunia II. Meriam ini juga digunakan semasa Perang Korea dan Perang Vietnam.

Meriam ini ringan dan pengguna boleh bergantung harap menggunakannya. Meriam ini boleh digunakan dengan kadar tembakan yang tinggi, mencapai kadar 8 das tembakan dalam seminit. Kerana ia mudah digunakan, meriam ini boleh bertindak balas membantu pasukan infantri. Meriam ini boleh menggunakan peluru jenis HE, HEAT, WP, CHEM and ILLUM.

Howitzer M102 105 mm

Meriam jenis ini mula diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Meriam ini lebih ringan daripada meriam M101 dan bo;eh digerakkan dengan lebih mudah berbanding dengan meriam M101. Meriam jenis ini juga melengkapkan kapal terbang penyerang AC-130A Spectre kerana ia mempunyai anjalan yang sederhana.Meriam ini boleh menggunakan berbagai jenis peluru meriam dan boleh dipusingkan 360 darjah dengan cepat. Meriam ini juga boleh digugurkan dengan payung terjun ataupun diangkut menggunakan helikopter UH-1 Huey.

Meriam ini juga digunakan sebagai meriam standard kegunaan pasukan artileri Amerika Syarikat semasa Operasi Desert Shield dan Desert Storm.

M18A1 Claymore

Periuk Api M18A1 Claymore

Bom M18A1 Claymore adalah sejenis bom (dikelaskan sebagai periuk api atau mine) yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.

Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yang mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup ketiak bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yang melontarkan beratus-ratus bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.

Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yang boleh dilaraskan.

Rujukan

WikiPedia: Persenjataan Perang Vietnam http://psysim.www7.50megs.com/dustkelly.htm http://www.britains-smallwars.com/Vietnam/SP.htm http://www.danshistory.com/vietnam.shtml#kia http://www.historynet.com/magazines/vietnam/303011... http://www.imdb.com/title/tt0079652/ http://www.nostalgiacentral.com/movies/oddangrysho... http://keepourcountryfree.tripod.com/id18.html http://www.diggerhistory.info/pages-air-support/vi... http://www.vectorsite.net/avcrus_2.html#m3 http://www.globalsecurity.org/military/systems/air...